Covid-19: 4,008 kes baharu dikesan

0
34
Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam yang lalu merekodkan 4,008 kes baharu positif covid-19 dengan 11 kematian di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 169,379.

Beliau berkata, jumlah kes harian itu melibatkan hanya 5 kes import manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.

“Jumlah kes tertinggi dikesan di Selangor iaitu sebanyak 1,391 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur (513) Johor (470); Sabah (406); Sarawak (203); Negeri Sembilan (176).

“Negeri Perak pula 170 kes; Kedah (142); Pulau Pinang (124); Kelantan (121); Terengganu (81); Pahang (52) dan Putrajaya (23),” katanya dalam sidang media berkaitan Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 41,087 kes aktif di seluruh negara dengan 246 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 96 daripadanya memerlukan alat bantu pernafasan.

“Jumlah kes yang sembuh pada 24 jam yang lalu adalah 2,374 orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 127,662 orang,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 11 kes kematian baharu menjadikan angka kes meningkat kepada 630 orang sejak wabak itu dikesan awal tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here