Covid-19: Angka kematian harian tertinggi baharu dicatat hari ini

0
152

CYBERJAYA – Negara mencatat angka harian tertinggi kes kematian akibat Covid-19 apabila sebanyak 16 kematian dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan sebentar tadi, kesemua kes kematian dilaporkan berlaku di Selangor (9 kes), Sabah (4) dan Johor (3).

Sementara itu, sebanyak 2,643 kes baharu dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 131,108 kes.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes, diikuti Sabah dengan 401 kes, dan Johor dengan 298 kes.

Bagi kes sembuh, sebanyak 2,708 kes telah diklasifikasikan sebagai telah pulih, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh setakat ini kepada 105,431 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 25,140 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 170 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here