Covid-19: Angka kes aktif sudah melebihi 26 ribu

0
73

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara kini sudah melebihi 25 ribu apabila sebanyak 2,451 lagi kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pecahan bagi kes baharu yang dilaporkan adalah 2,451 kes akibat penularan tempatan, manakala 4 lagi adalah kes import.

Bagi pecahan mengikut negeri pula, Selangor masih merekodkan angka kes baharu tertinggi dengan 564 kes, diikuti Sabah dengan 409 kes, dan Negeri Sembilan dengan 351 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 133,559 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,401 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh menjadikan keseluruhan angka kes yang telah sembuh kepada 106,832.

Setakat ini, terdapat 26,185 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 177 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian akibat Covid-19 turut naik kepada 542 apabila terdapat 5 lagi kes kematian dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here