Covid-19: Angka kes harian baharu tertinggi dicatat hari ini

0
59

CYBERJAYA – Negara mencatat angka kes harian tertinggi baharu apabila sebanyak 3,337 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 3,330 yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 7 lagi merupakan kes import.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,036 kes, diikuti Johot dengan 460 kes, dan Sabah dengan 389 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 147,855 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,710 kes telah diklasifikasikan sebagai telah pulih menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 113,288 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 32,377 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, 195 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 86 daripadanya menerima bantuan bantuan.

Angka kematian akibat Covid-19 turut bertambah, apabila sebanyak 15 kes kematian dilaporkan di seluruh negara, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat pandemik ini kepada 578 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here