Covid-19: Angka sembuh harian tertinggi hari ini

0
57

CYBERJAYA – Negara mencatat angka kesembuhan harian tertinggi baharu apabila sebanyak 3,321 kes Covid-19 diklasifikasikan sebagai telah sembuh, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 94,492 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,295 kes baharu dilaporkan pada hari ini, iaitu 2,286 kes akibat penularan tempatan, dan 9 kes import.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 117,373 kes.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Selangor di kedudukan teratas dengan 638 kes, diikuti Johor dengan 580 kes, dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 22,398 kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 125 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini turut meningkat kepada 483 apabila sebanyak 9 laporan kematian baharu diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here