Covid-19: Angka sembuh melebihi kes baharu

0
82

CYBERJAYA – Sebanyak 2,230 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih daripada Covid-19 pada hari pertama 2021, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihtan (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 91,171 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,068 kes baharu direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,066 kes adalah akibat penularan tempatan, manakala 2 lagi merupakan kes import.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 457 kes dan Sabah dengan 254 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 115,078 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 23,433 kes lagi yang dklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Sebanyak 126 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat pandemik ini turut bertambah kepada 474 apabila 3 kes kematian dilaporkan, iaitu 2 kes di Selangor, manakala 1 lagi di Negeri Sembilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here