Covid-19 bawa saya begitu hampir dengan maut – Azizan Osman

0
213

CYBERJAYA – “Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Itulah luahan pakar motivasi popular, Azizan Osman menceritakan pengalamannya dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Selain dirinya, wabak tersebut turut menjangkiti 31 ahli keluarganya dan mengorbankan ibu mertuanya.

Azizan Osman yang mengalami masalah pernafasan selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Azizan yang baharu sahaja disahkan sembuh berkata, beliau bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang ‘kedua’ untuk meneruskan kehidupan selepas begitu hampir dengan kematian.

“Sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT…Dengan nama Allah Yang Maha berkuasa yang memiliki seluruh alam…

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu, tapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang MenThor,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Azizan berkata, beliau dan keluarga telah terdedah kepada individu yang positif Covid-19 pada 7 Januari lalu dan akhirnya disahkan positif dan bergejala.

Bagaimanapun katanya, kata-kata semangat daripada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan terutama emak dan isteri membuatkan beliau kembali bersemangat untuk berjuang melawan penyakit itu.

“COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk,” katanya.

“Masa itulah SAAT penentu untuk pergi atau kekal… You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri.

Azizan Osman berazam untuk berkongsikan kisahnya kepada orang ramai melalui sesi Live Facebook tidak lama lagi.

“Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment…,” katanya dalam hantaran yang dikongsi lebih 8,200 pengikutnya.

Azizan berkata, peluang diberikan kesembuhan daripada virus itu sudah tentu mempunyai hikmahnya sendiri dan bukan secara kebetulan.

“Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ni untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, to be a better MenThor In sha Allah…,” katanya.

Katanya, dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan dari segenap aspek ketika ini, beliau sedar bahawa apa yang dilakukan selama ini masih belum memadai.

“Saya sedar misi saya belum selesai seperti kata Mak, ramai lagi anak bangsa yang ketinggalan, perlukan bimbingan terutama dalam dunia bisnes ini. Saya dan RichWorks akan terus buat apa yang kami buat hingga hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here