Covid-19: China lapor 107 kes baharu

0
144

BEIJING – China melaporkan pertambahan kes baharu Covid-19 di beberapa buah wilayahnya, pada waktu genap setahun bandar Wuhan menjadi bandar pertama di dunia dikenakan perintah ‘lockdown’ bagi mengekang penularan pandemik tersebut.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NCH) mengumumkan sebanyak 107 kes baharu dikesan di seluruh China, kata Reuters.

Menurut kenyataan NCH, sebanyak 56 kes dikesan di wilayah Heilongjiang, manakala di wilayah Jilin yang terletak bersebelahan dengannya, melaporkan 13 kes.

Beijing dan Shanghai pula masing-masing melaporkan 3 kes baharu, sementara di wilayah Hebei yang mengelilingi Beijing, 15 kes baharu dilaporkan.

Setakat ini, China melaporkan sebanyak 88,911 kes secara keseluruhannya, manakala angka kematian kekal pada 4,635.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here