Covid-19: China sahkan kes pertama libatkan varian UK di negaranya

0
156
GAMBAR HIASAN

BEIJING – Negara China melaporkan kewujudan kes pertama varian Covid-19 yang dikenali sebagai B117 yang pada awalnya dikesan di United Kingdom (UK), hari ini.

Menurut portal CGTN, varian tersebut dikesan menjangkiti seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dan menjalani ujian pengesanan pada 14 Disember lalu.

Dia yang didapati positif pandemik itu kemudiannya dihantar ke pusat pengasingan bagi menjalani rawatan.

Sampel koronavirus yang diperoleh daripada pelajar itu kemudiannya menjalani ujian jajaran gen pada 24 Disember dan disahkan sebagai B117.

Pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) China menganggap situasi ini sebagai “satu ancaman dalam membendung penularan Covid-19 di dalam negara.”

Setakat ini, China telah menggantung semua penerbangan antara negaranya dan UK bermula 28 Disember hingga 10 Januari 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here