Covid-19: Fasiliti kesihatan di Kelantan hanya mampu bertahan 2 bulan lagi

0
73
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kelantan dijangka berhadapan dengan masalah besar sekiranya kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan ketara.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, pihaknya menjangkakan fasiliti sedia ada hanya mampu bertahan dalam tempoh dua bulan berikutan lonjakan kes baharu melebihi angka 100 setiap hari.

Menurutnya, trend itu amat membimbangkan dengan kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di negeri ini berada pada 1.26, melebihi bacaaan R-naught kebangsaan pada 1.14.

“Sebahagian yang dalam kategori satu dan dua, yang tidak mempunyai risiko, boleh dikuarantinkan di rumah. Kita hanya fokus kepada mereka yang berisiko di hospital.

“Jadi, itulah strategi-strategi kita dalam memastikan fasiliti kita cukup untuk menangani kes-kes Covid-19.

“Sebab itu juga, kita wujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk memastikan mereka yang perlu dikuarantin di tempat-tempat ini, kita adakan di sini,” katanya seperti dipetik Astro Awani hari ini.

Buat masa ini, di Kelantan terdapat lapan hospital serta empat PKRC iaitu tiga di sini, membabitkan Dewan Jubli Perak, Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan Putik, serta satu di Gua Musang.

Dr Zaini berkata, sebagai langkah persediaan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa dewan lagi yang sesuai untuk dijadikan PKRC sekiranya kes jangkitan Covid-19 di negeri ini terus meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here