Covid-19: Jepun pertimbang isytihar darurat di Tokyo dan 3 wilayah lain

0
63
YOSHIHIDE SUGA

TOKYO – Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan permintaan supaya kawasan metropolitan Tokyo dikenakan darurat bagi mengawal perebakan Covid-19 yang semakin berleluasa.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Yoshihide Suga dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Kenyataan tersebut merupakan satu cabaran buat Suga yang sebelum ini menentang sebarang cadangan yang boleh menggugat ekonomi negara.

Permintaan tersebut diutarakan oleh gabernor Tokyo dan tiga wilayah disekelilingnya berikutan penularan baharu yang memerlukan tindakbalas drastik.

Pada 31 Disember lalu, Jepun mencatat rekod baharu kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 4,520, dengan separuh daripadanya daripada empat wilayah berkenaan.

“Jumlah kes baharu masih tidak turun walaupun pada waktu cuti Tahun Baharu.

“Oleh itu kami merasakan sesuatu yang lebih ketat perlu dilakukan,” kata Suga.

Suga, bagaimanapun, tidak memberikan kata putus mengenai bila keputusan itu akan dicapai, atau jenis sekatan yang akan dikenakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here