Covid-19: Jumlah kes aktif dalam negara sudah melebihi 35 ribu

0
28

CYBERJAYA – Sebanyak 12 kluster baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara, pada ketika jumlah kes yang masih aktif sudah melebihi angka 35 ribu, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 3,211 kes baharu pandemik ini dilaporkan di seluruh negara, dengan 3,206 kes akibat penularan tempatan dan 5 kes import.

Negeri dengan kes baharu tertinggi adalah Selangor yang melaporkan sebanyak 889 kes, diikuti Johor dengan 535 kes, dan Sabah dengan 514 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 151,066 kes.

Angka kes yang yang diklasifikasikan sebagai telah pulih pula adalah sebanyak 1,39 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 115,227 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 35,253 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan daripada jumlah itu, sebanyak 204 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 87 kes diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian akibat Covid-19 turut bertambah apabila sebanyak 8 kes kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian kepada 586 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here