Covid-19 : Jumlah kes melebihi 2,000

0
104
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 2,433 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 27,332 kes di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pertambahan kes menjadikan kes kumulatif di negara ini sejak penularan pandemik itu berjumlah 135,992 kes.

Beliau berkata, jumlah kes terbaharu itu melibatkan 1,784 kes warganegara Malaysia dan 642 kes warga asing dengan tujuh kes import.

“Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes, diikuti Sabah sebanyak 403 kes dan Johor sebanyak 321 kes.

“Terdapat pertambahan sembilan kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 551 kes,’’ katanya.

Statistik kes Covid-19 pada 10 Januari 2021.

Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Sabah dan Kelantan, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 254 kluster.

Sementara itu, 9 kematian direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu dengan 171 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 76 menggunakan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here