Covid-19: Kerajaan perlu lakukan ujian besar-besaran

0
54
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad menggesa kerajaan melakukan ujian saringan secara besar-besaran bagi mencegah wabak Covid-19 daripada menjadi tidak terkawal.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan segera ekoran kes yang semakin meningkat dengan 80 peratus daripada kes tidak menunjukkan sebarang gejala.

Menurut kenyataan itu, kerajaan dilihat mempunyai kemampuan daripada segi

tanggungan kos dan kapasiti melakukan ujian Covid-19 khususnya secara bersasar di kawasan yang mempunyai kadar penularan tinggi.

“Merujuk kepada jawapan Parlimen, kerajaan berkemampuan melakukan ujian saringan PCR sebanyak 19,489 sehari yang terbahagi kepada 16,670 ujian saringan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan 2,819 ujian saringan di bawah Kementerian Pertahanan.

Dzulkefli Ahmad

“Sementara itu, sektor swasta mampu melakukan sehingga 59,485 ujian saringan sehari. Ini menunjukkan kapasiti negara untuk ujian saringan PCR adalah sebanyak hampir 80,000 sehari,’’ katanya dalam kenyataan bersama tiga lagi bekas menteri iaitu bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye; Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan bekas Timbalannya, Isnaraissah Munirah Majilis.

“Kami percaya kerajaan perlu mempertimbangkan pandangan ramai pakar perubatan supaya melakukan ujian saringan secara besar-besaran.

“Bermula dengan semua kawasan yang berisiko tinggi seperti asrama tempat tinggal pekerja asing, penjara dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan mereka,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here