Covid-19: Kerajaan wujudkan hospital bersepadu bagi pesakit kategori 3 dan 4 di MAEPS

0
155
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

SERDANG – Kerajaan akan mewujudkan sebuah hospital bersepadu bagi merawat pesakit Covid-19 yang berada pada kategori 3 dan 4 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, hospital tersebut akan dibina di Dewan B pusat tersebut.

Sebagai permulaan, hospital ini dilengkapi dengan 30 katil, dan akan mula beroperasi pada 24 Januari ini.

Hospital ini turut dilengkapi dengan peralatan unit rawatan rapi (ICU), pakar penyakit berjangkit dan pakar bius.

Beliau berkata demikian sesudah selesai meninjau proses menyiapkan wad tambahan di PKRC 2.0, hari ini.

Penyediaan wad tambahan ini adalah bagi menempatkan kira-kira 10,000 lagi pesakit Covid-19 yang berada dalam kategori 1 dan 2 mulai 18 Januari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here