Covid-19: Kes harian tertinggi dilaporkan hari ini

0
76
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan angka membimbangkan apabila 2,593 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hiaham Abdullah berkata, jumlah kes hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan.

Katanya, rekod tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 2,525 kes.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini adalah 125,438 manakala kes aktif ialah 24,347 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi diikuti Johor, Sabah dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hari ini juga terdapat empat kes kematian warganegara dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian adalah 513 manakala kes sembuh pula 1,129.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan peningkatan kes Covid-19 selepas kelonggaran merentas daerah dan negeri dibenarkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here