Covid-19: KKM pertimbang pesakit tahap satu dan dua kuarantin di kediaman sendiri

0
103
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menimbang untuk mengkuarantin pesakit Covid-19 tahap satu dan dua di kediaman masing-masing berikutan kemudahan sedia ada sudah hampir memenuhi kapasiti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kapasiti maksimum di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 23,000.

“Namun, setakat hari ini, kita sudah mempunyai sebanyak 22,089 kes yang masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan,” kata Dr. Noor Hisham, tadi.

Kes tahap satu dan dua melibatkan pesakit yang disahkan positif Covid-19 tetapi tidak bergejala dan menunjukkan gejala ringan.

“PKRC telahpun penuh jadi kita memberi keutamaan kepada kes-kes yang tidak ada tempat yang sesuai untuk kuarantin contohnya untuk pekerja asing yang ditempatkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“(Pada masa yang sama) kita juga sedang melihat kriteria-kriteria untuk melihat sama ada mengkuarantinkan kes yang positif tetapi tidak bergejala atau bergejala ringan di rumah,” tambah Dr. Noor Hisham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here