Covid-19: PM akan buat pengumuman penting Isnin ini

0
282
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman penting pada Isnin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu pengumuman penting pada Isnin minggu hadapan susulan peningkatan berterusan kes Covid-19 dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara langkah yang mungkin diambil termasuk untuk mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

“Langkah ini dipertimbangkan diambil terutamanya melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan dengan sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan sosial.

Dalam pada itu, mengulas mengenai guru dan pensyarah yang akan pulang ke Sabah dan Sarawak berikutan sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi, katanya, mereka perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, kos tersebut termasuk kos kuarantin bagi mereka yang pulang ke Sarawak akan ditanggung oleh kerajaan.

Beliau berkata, bagi mereka yang ke Sabah, tidak perlu menjalani proses kuarantin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here