
BRASILIA – Sekumpulan saintis Brazil berjaya menemui kes di mana pesakit Covid-19 didapati positif dua varian yang berlainan dengan serentak.
Menurut Reuters, penemuan tersebut dicatat kelmarin di portal perubatan medRxiv.
Dapatan ini bagaimanapun, belum diterbitkan secara rasmi di mana-mana jurnal perubatan dan belum melalui reviu pakar lain.

Laporan tersebut menyebut, kedua-duanya pesakit yang tidak dinamakan itu berumur dalam lingkungan 30-an, telah dijangkiti varian P.2 pada November lalu.
Pada masa yang sama, ujian makmal mendapati mereka turut positif varian Covid-19 yang lain.
“Jangkitan serentak ini mampu menghasilkan varian baharu dengan lebih pantas,” kata pengkaji kanan kumpulan tersebut, Fernando Spilki dari Universiti Feevale di Rio Grande do Sul.