Covid-19: Turki terima penghantaran kedua vaksin Sinovac

0
71

ANKARA – Turki menerima penghantaran kedua vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech, hari ini.

Kata Reuters, sebanyak 6.5 juta dos tersebut membolehkan kerajaan meneruskan program pemberian vaksin kepada rakyatnya.

Media tempatan melaporkan, bekalan tersebut tiba di Lapangan Terbang Istanbul awal pagi tadi (waktu tempatan) dengan menaiki pesawat Turki Airlines daripada Beijing, China.

Penghantaran pertama sebanyak 3 juta dos pada 30 Disember lalu sudah diedarkan kepada kira-kira 1.245 juta rakyat Turki, yang kebanyakannya terdiri daripada petugas kesihatan dan warga emas.

Kata Kementerian Kesihatan, dos yang baharu tiba ini akan melalui ujian makmal sebelum diedarkan kepada umum.

Setakat ini, Turki merekodkan sebanyak 2.4 juta kes Covid-19 dengan 25,073 kematian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here