Covid-19: Varian Afrika Selatan ‘kebal’ terhadap rawatan plasma

0
91

JOHANNESBURG – Para saintis mendapati varian terbaharu Covid-19 yang dikenal pasti di Afrika Selatan ‘kebal’ terhadap rawatan menggunakan plasma darah bekas pesakit pandemik itu, dan kemungkinan besar vaksin yang sedia ada tidak akan berkesan terhadapnya.

Varian yang dikenal pasti sebagai 501Y.V2 itu mula dikesan di kawasan Nelson Mandela Bay pada hujung tahun lepas, kata Reuters.

“Kajian mendapati varian 501Y.V2 mampu mengelak dari dineutralkan oleh antibodi menerusi rawatan plasma,”

“Dapatan ini secara langsung bermaksud wujud peluang bagi jangkitan semula dan berkemungkinan mampu mengurangkan keberkesanan vaksin yang ada sekarang,” kata pengkaji dari 3 buah universiti yang bekerjasama dengan Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) dalam kajian tersebut.

Hasil kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal perubatan bioRxiv.

Laporan tersebut turut menyebut, hanya ujian klinikal berskala besar dapat memberikan keputusan sama ada vaksin yang sedia ada mampu menangkis varian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here