DBKL serbu premis perniagaan warga asing di ibu kota

0
315
Pegawai DBKL memeriksa premis diusaha warga asing tanpa kebenaran di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi dengan peniaga-peniaga warga asing yang masih degil berniaga tanpa kebenaran di sekitar ibu kota.

Dalam operasi semalam, bahagian Penguatkuasaan Selatan 1, JPK (Parlimen Bukit Bintang) yang dianggotai 2 pegawai dan 6 anggota menyerbu sebuah premis di Nu Sentral, Jalan Tun Sambanthan.

Premis perniagaan makanan tersebut dipercayai dikendalikan oleh 3 warga Myanmar tanpa kebenaran daripada DBKL.

Sehubungan itu, premis tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) di bawah Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Maklumat daripada orang awam amat dihargai dalam membendung kegiatan warga asing dalam aktiviti perniagaan tanpa kebenaran,” menurut DBKL dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan itu akan meneruskan operasi seumpama itu bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan yang ditetapkan PBT.

Pegawai DBKL menampal notis penutupan (seal) premis diusaha warga asing tanpa kebenaran di Nu Sentral, Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here