Demi negara, seorang anggota polis rela tangguh majlis perkahwinan

0
140
Gambar Ahmad Zaim Nasreen Musa sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sambil memegang sekeping kertas bertulis ‘Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah 17.012021 tular di media sosial hari ini

CYBERJAYA – Seorang anggota polis terpaksa melupakan hasrat bergelar raja sehari hari ini apabila perlu meletakkan kepentingan negara berbanding segala-galanya.

Lebih menyentuh perasaan apabila gambar anggota tersebut Ahmad Zaim Nasreen Musa sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sambil memegang sekeping kertas bertulis ‘Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah 17.012021 tular di media sosial.

Gambar tersebut tular selepas dikongsi oleh sepupu beliau, Mohd Ridzuan Baharudin.

“Aku tumpang bersedih. Ya hari ini sepatutnya hari pernikahannya.

“Dia adalah adik sepupuku dan sepatutnya kami meraikan detik hari bersejarah beliau harini tidak kira jauh pun dekat. Di sebabkan PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) beliau terpaksa menangguh pernikahannya.

“Tabik spring tuan, pengorbanan yang akan di sanjung tinggi,” kata Mohd Ridzuan hari ini.

Kad undangan pasangan pengantin itu. Kredit gambar Facebook Mohd Ridzuan Baharudin

Dalam sekeping lagi gambar kad kahwin yang dikongsikan itu, Ahmad Zaim sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Mas Ayurita Azizul di Gemas, Negeri Sembilan.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP di enam negeri berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat naik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here