Doktor rawat pesakit Covid-19 maut akibat keletihan

0
4196
Gambar terakhir Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang sempat dirakam gambarnya yang berehat seketika dengan memakai pakaian PPE lengkap

CYBERJAYA – Seorang petugas barisan hadapan meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital selepas pengsan ketika bertugas melawan Covid-19.

Berdasar satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang juga ahli skuad tersebut meninggal dunia akibat keletihan.

“Sebelum meninggal dunia, rakannya sempat merakamkan gambar terakhir beliau yang sangat keletihan.

“Beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan Kementerian Kesihatan menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Menurut SPJM lagi, selain bertugas sebagai doktor perubatan, Allahyarham juga aktif dalam kerja-kerja dakwah dan pernah menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Kedah, Allahyarham Habibullah pada Jumaat lepas.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here