Dr. Ali Noor ada penyakit lain- KP Kesihatan

0
204
Gambar Dr. Ali Noor yang dikongsikan skuad SPJM semalam

CYBERJAYA- Allahyarham Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia bukan disebabkan terlampau penat dengan bebas tugas, sebaliknya beliau menghidap penyakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan Covid-19 yang dibuat ke atas Allahyarham Dr Ali Noor juga adalah negatif.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau lewat malam kelmarin (18 Januari 2020). 

“Beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau.

“Adalah dimaklumkan bahawa ujian Covis-19 buat Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif. 

“Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan. 

“Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau,” katanya di laman Facebook hari ini.

Dr. Noor Hisham turut mengajak orang ramai memanjatkan doa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semalam, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook memaklumkan Dr Ali  Noor jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih.

SPJM juga memaklumkan Allahyarham kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here