Draf pindaan Akta 342 diserah kepada Peguam Negara

0
84

CYBERJAYA – Kerajaan akan menaikkan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, draf pindaan terhadap Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kata Dr. Noor Hisham, akta yang diwartakan sejak 1988 itu perlu dipinda mengikut keperluan semasa, termasuklah jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.

“Sekarang ini kita akan menggunakan Ordinan Darurat untuk kita buatkan pindaan,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau berkata demikian sejurus melakukan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here