Dua lelaki Bangladesh positif Covid-19 cuba tinggalkan negara melalui KLIA

0
174

SEPANG – Dua lelaki Bangladesh yang disahkan positif Covid-19 cuba meninggalkan negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Ketua Polis KLIA, ACP Imran Abd. Rahman, kedua-dua lelaki berusia 20 tahun itu diketahui positif setelah mereka menunjukkan lampiran ujian saringan ketika sedang melalui proses pendaftaran masuk untuk menaiki penerbangan ke Dhaka, Bangladesh.

“Petugas di kaunter kemudiannya memaklumkan anggota polis mengenai kejadian itu,” kata Imran kepada Bernama,

Beliau menambah, kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berkenaan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here