Dua lelaki cedera helikopter ringan terhempas

0
85
GAMBAR MEDIA SOSIAL

KLANG – Dua lelaki hanya mengalami kecederaan ringan apabila helikopter ringan yang mereka naiki terhempas di satu kawasan lapang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, juruterbang, Kharudin Dahlan,73, dan pembantunya, Moithu Kutti Mohamad,53, hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, helikopter ringan dua tempat duduk itu dipercayai terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di lokasi berkenaan.

“Ketika anggota kami tiba di kawasan kejadian, kedua-dua mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam dan sedang menerima rawatan oleh anggota perubatan Pelabuhan Barat,” kata Norazam dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here