Dua restoran hiasi dinding dengan ideologi komunis diserbu polis

0
570
Anggota polis menanggalkan pelekat berideologi komunis yang dipasamg

GEORGETOWN – Dua restoran di sini yang menghiasi gambar wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong ketika era revolusi kebudayaan China pada dinding premisnya diserbu polis petang semalam.

Berikutan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan yang dibuat oleh pemilik sebuah restoran itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia.

Hiasan berideologi komunis yang dipasang di dinding kedai berkenaan

Semalam, tular dalam media sosial beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan anggota polis menaggalkan pelekat yang menghiasi dinding premis berkenaan.

Restoran itu yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China di dinding kedai mendapat kecaman orang ramai apabila berang ideologi komunis cuba ditonjolkan semula.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here