Duduk sebelah Nazri Aziz, Tajuddin positif Covid-19

0
162
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman positif Covid-19

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini disahkan positif Covid-19.

Hantaran di Facebook rasmi Tajuddin memaklumkan, Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu menjalani saringan semalam.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, Tajuddin duduk bersebelahan dengan Ahli Parlimen Padang Rengas itu dalam sidang akhbar pada 12 Januari lalu.

Selain Mohamed Nazri, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique juga disahkan positif Covid-19 semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here