
CYBERJAYA- Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew melancarkan misi bantuan ke Sabah dengan membawa pelbagai barangan keperluan termasuk 200 Samsung Tab.
Ustaz Ebit berkata, barangan-barangan misi bantuan berkenaan akan dihantar terlebih dahulu hari ini dan beliau akan ke Sabah lusa dengan menaiki MAS Airlines.
“Doakan ya. Misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 mask dan 200 Samsung Tab untuk pelajar disana yang benar-benar memerlukan.

“Terima kasih, terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet.
“Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua. Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines.
“Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special harga buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,”,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.