Ebit Lew sayu lihat penduduk masih tadah air hujan di Sabah

0
135
Ebit Lew menyumbang 12 tangki air untuk kegunaan kira-kira 350 penduduk di Tanjung Labian, Lahad Datu.

LAHAD DATU – Misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew di daerah ini diteruskan dengan bantuan tangki air untuk kegunaan penduduk yang masih tidak mempunyai bekalan air paip.

Dalam catatan terbaharunya di Facebook, Ebit Lew berkongsi gambar sumbangan 12 tangki air untuk kegunaan kira-kira 350 penduduk di Tanjung Labian.

“Sayu rasa hati bila sampai kampung Tanjung Labian. Mereka tiada bekalan air. Cuma harapkan air hujan. Ada 350 buah rumah disini.

“Saya belikan dan hadiahkan 12 tangki air diberikan pada mereka. Tak terbayang rasa bagaimana selama ini tadah air hujan,” katanya hari ini.

Ebit Lew berkata, sumbangan itu diharap dapat memudahkan urusan penduduk mendapat dan menyimpan bekalan air untuk kegunaan seharian.

“Dengan tong-tong. Banyak rumah tiada tangki air. Saya tanya beberapa kali sebab macam tak percaya. Kasihan mereka.

“Beberapa rumah mereka hari tu meletup musnah masa serangan Tandou 2013. Rasa bersalah. Sedang kita menikmati air. Mereka tidak pernah ada bekalan air. Cuma tadah air hujan. Semoga dimudahkan buat semuanya,” katanya.

Ebit Lew menziarah penduduk miskin yang tinggal sebatang kara di Lahad Datu.

Misi bantuan Ebit Lew ke Sabah bermula pada 26 Januari lalu melalui penghantaran bekalan makanan, kerusi roda dan peralatan komputer menaiki pesawat yang ditaja oleh My Jet Xpress dan Zen Aviation.

Di Lahad Datu, beliau menghulurkan bantuan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, termasuk bantuan ke pusat komuniti, agihan tablet komputer kepada pelajar, ziarah penduduk miskin dan gereja.

Ebit Lew bertemu wakil daripada komuniti gereja semasa di Lahad Datu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here