Ebit Lew terima 43,000 permintaan miliki tablet

0
87
Ustaz Ebit Lew bersama 1000 unit tablet yang diagihkan untuk kegunaan pembelajaran kelas online, semalam.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan ikon masyarakat, Ebit Lew menerima kira-kira 43,000 permintaan bantuan tablet untuk kegunaan kelas dalam talian.

Beliau berkata, permintaan itu diterima selepas membuat tawaran 100 bantuan alat komputer berkenaan untuk kegunaan pelajar yang memerlukannya.

Antara yang menghubungi beliau termasuklah golongan orang kurang upaya yang tiada pekerjaan, anak yatim dan yang bergaji kecil.

“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja ada 43,000 mesej atau 43,000 orang yang perlukan Tab untuk anak-anak belajar. Semua bangsa ada dari semua negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ebit Lew mengumumkan bantuan 100 unit komputer tablet untuk disedekahkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendedahkan menerima permintaan 8,000 unit kerusi roda selain ambulans dan van jenazah.

“Maafkan saya yer tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

“Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here