ELT pesawat tidak berfungsi – Basarnas

0
182

JAKARTA – Anggota pasukan pencari mengalami kesukaran bagi mengesan kedudukan sebenar pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang disyaki terhempas di kawasan Kepulauan Seribu kerana alat penunjuk lokasi kecemasan (ELT) pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi.

Menurut portal DetikNews, perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Kesiapsiagaan, Agensi Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Suryo Aji pada satu sidang akhbar, hari ini.

“Pemeriksaan mendapati, ELT pesawat tersebut sememangnya sudah didaftarkan, namun pada kali ini kami tidak menerima isyaratnya,” kata Bambang.

Umumnya, ELT akan memancarkan isyarat apabila sesebuah pesawat terhempas, dan denyut isyarat berkenaan turut boleh dikesan oleh satelit dan pengesan bunyi.

“Setakat ini, kami belum tahu kenapa alat tersebut gagal berfungsi,” tambah Bambang.

Pesawat bernombor penerbangan SJ-182 itu sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak membawa 62 anak kapal dan penumpang dilaporkan hilang setelah beberapa minit berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here