Emirates tawarkan vaksin Covid-19 kepada kakitangan

0
65

DUBAI – Syarikat penerbangan Emirates hari ini menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada kakitangannya, dengan keutamaan diberikan kepada juruterbang, kru kabin dan kakitangan operasi lain.

Menurut Reuters, tawaran ini merupakan salah satu langkah bagi syarikat penerbangan tersebut memulihkan kembali industri penerbangan.

Pemilik syarikat tersebut, Kumpulan Emirates berkata, tawaran tersebut turut diberikan kepada kesemua kakitangannya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Secara keseluruhannya, kumpulan tersebut mempunyai seramai 80,000 pekerja di seluruh dunia.

Kata syarikat tersebut, sebanyak dua vaksin ditawarkan, iaitu vaksin Pfizer/BioNTech dan Kumpulan Farmaseutikal Kebangsaan China (Sinopharm).

Kedua-dua vaksin tersebut sudah boleh didapati di UAE.

Sementara itu, kerajaan UAE menetapkan semua kakitangan kerajaan perlu menjalani ujian PCR setiap 7 hari.

“Bagaimanapun, arahan ini dikecualikan bagi kakitangan yang telah meneria dua dos vaksin (Covid-19),” lapor Emirates News.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here