Empat pemain bola sepak Palmas terbunuh

0
116

PALMAS – Empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas FC terbunuh apabila kapal terbang yang mereka naiki terhempas sebelum berlepas.

Menurut Reuters, mereka yang terbunuh adalah Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.

Turut terbunuh adalah presiden kelab divisyen empat itu, Lucas Meira, dan juruterbang pesawat yang hanya dikenali sebagai Wagner.

Kata jurucakap kelab, pesawat tersebut terhempas di hujung landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense ketika hendak berlepas.

Pesawat tersebut sedang dalam perjalanan ke Goiania yang terletak 800 kilometer (km) dari lokasi kejadian bagi beraksi menentang pasukan Vila Nova dalam merebut kejuaraan piala Copa Verde.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here