Facebook gantung akaun media sosial Trump

0
89

WASHINGTON – Pengendali laman sosial Facebook mengumumkan penggantungan terhadap akaun rasmi media sosial milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkuat kuasa serta merta.

Penggantungan tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark ZUckerberg dalam satu paparan yang dimuat naik di laman milik beliau, sebentar tadi.

Kata Zuckerberg, penggantungan tersebut berikutan tindakan Trump menggunakan media sosial sebagai platform untuk menggalakkan keganasan terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Buat beberapa tahun, kami membenarkan Trump untuk menggunakan platform kami, dan buat beberapa kali, kami telah membuang kandungan yang dimuat naik beliau apabila ia melanggar polisi (yang kami tetapkan).

“Tetapi, keadaan sekarang sudah jauh berbeza apabila paltform kami digunakan untuk menggalakkan keganasan terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik,” kata Zuckerberg.

Beliau menambah, adalah amat berisiko jika Trump terus menggunakan akaun media sosial miliknya.

“Oleh itu, kami telah memanjangkan tempoh sekatan terhadap akaun Facebook dan Instagram (Trump) selamanya, atau sekurang-kurangnya bagi tempoh dua minggu sehingga peralihan kuasa (presiden) selesai,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, para penyokong Trump bertindak liar dengan menyerbu ke bangunan Capitol ketika Dewan Perwakilan sedang bersidang bagi meluluskan undian elektoral pilihan raya presiden yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here