FBI tahan wanita disyaki curi komputer riba Speaker Dewan Perwakilan AS

0
66

WASHINGTON – Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah menahan seorang wanita yang terlibat dalam rusuhan bangunan Capitol kerana disyaki dengan sengaja mengambil komputer riba atau cakera keras daripada pejabat Speaker Dewan Perwakilan AS dan bercadang menjualnya kepada pihak perisikan Rusia.

Menurut Reuters, perkara tersebut didedahkan oleh seorang ejen FBI dalam satu afidavit.

Antara lain, afidavit tersebut menyatakan, wanita yang bernama Riley June Williams itu dengan sengaja ‘mengajak’ para perusuh lain untuk menyerbu pejabat Nancy Pelosi ketika insiden tersebut.

Difahamkan, FBI menerima maklumat tersebut menerusi seorang pemberi maklumat yang turut memberitahu Williams bercadang untuk memberikan alat tersebut kepada rakannya di Rusia, yang kemudian akan menjualnya kepada Perkhidmatan Perisikan Luar Negara (SVR).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here