Gajah betina buat ‘onar’ di Kelantan

0
103
Kumpulan gajah betina yang merosakkan kebun penduduk di Tamah Merah, Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hiupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap lima ekor gajah betina yang membuat ‘onar’di Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan.

Kumpulan gajah itu dikesan merosakkan kebun penduduk kampung tersebut sejak November lalu sebelum berjaya ditangkap oleh Perhilitan Kelantan pada pukul 4.30 petang semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, kumpulan gajah berkenaan akan dipindahkan dalam masa terdekat dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Pahang.

“Kesemua hidupan liar itu akan dilepaskan ke habitat semula jadi di kawasan Taman Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ady Ermanty Haniff berkata, tangkapan gajah liar itu memberikan kelegaan kepada penduduk setempat di beberapa kawasan lain termasuk Air Kerla, Bukit Capong dan Air Resom yang turut berdepan masalah sama.

“Siasatan awal yang dijalankan oleh pihak kami, kita dapati hidupan liar ini dari kumpulan gajah yang terdapat di kawasan Hutan Simpan Sokor Taku.

“Gajah-gajah ini dipercayai telah keluar dari hutan simpan berkenaan untuk mencari makanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here