Tinjauan suasana sebuah medan selera di Bandar Sri Permaisuri, Cheras yang kebiasaannya dipenuhi pengunjung terutama waktu makan tengahari kini dilihat lengang dan suram berikutan larangan makan di premis makanan (dine-in) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam tempoh PKP, kedai makan dan gerai penjaja hanya dibenarkan beroperasi secara bawa pulang ‘take away’ atau pandu lalu sahaja dan dine-in tidak dibenarkan berikutan peningkatan kes baharu Covid-19.






