Gelongsoran tanah: Laluan Kluang-Kota Tinggi ditutup

0
55
Pemandangan dari udara menunjukkan kesan gelongsoran yang menimbus laluan Kluang- Kota Tinggi di Johor. Foto JKR Kluang.

KLUANG – Kejadian gelongsoran tanah di Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Sri Impian kira-kira jam 8.30 malam tadi menyebabkan laluan itu ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan siap sepenuhnya.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kluang, Aidi Mohd Salleh berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menjangkakan laluan tersebut akan ditutup selama seminggu untuk kerja pembersihan dan pemeriksaan semula kawasan bagi memastikannya selamat dilalui.

Katanya, gelongsoran itu telah menyebabkan laluan itu dilitupi tanah sepanjang kira-kira 200 meter.

“Gelongsoran tanah membabitkan keluasan kira-kira 100 meter dengan ketinggian puncak 200 meter manakala laluan jalan yang tertimbus adalah sepanjang 200 meter.,” katanya memetik Astro Awani. 

Sehubungan itu katanya, semua kenderaan dari Kluang menuju ke Kota Tinggi akan dilencongkan melalui Jalan 1 di Taman Sri Impian, iaitu pengguna yang dari dari Kota Tinggi boleh memasuki Jalan 2 atau 3 untuk meneruskan perjalanan.

“Orang ramai disaran untuk mematuhi sebarang arahan daripada pihak yang bertugas di lapangan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku,’’ katanya.

Selain jalan itu, pengguna juga boleh menggunakan Jalan Padang Tembak atau Jalan Mengkibol untuk Kota Tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here