Hadiah RM500,000 menanti pendeposit Tabung Haji

0
215
Simpan, Daftar dan Menang

CYBERJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan hadiah bernilai RM500,000 kepada pendeposit bertuah melalui penganjuran dua kempen Simpan, Daftar dan Menang pada tahun ini.

Kempen Simpan, Daftar dan Menang yang masuk tahun kedua penganjurannya menawarkan hadiah bernilai RM400,000 pada kali ini berbanding RM300,000 pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, pihaknya turut memperkenalkan kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa dengan tawaran hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Nik Mohd. Hasyudeen berkata, kempen Simpan, Daftar dan Menang mengekalkan syarat-syarat penyertaan dengan tambahan pendeposit bendaftar sebagai pengguna THiJARI.

“Kempen ini bertujuan memupuk orang ramai terutama para pendeposit untuk menambah simpanan, mendaftar haji dan menggalakkan mereka mendaftar sebagai pengguna THiJARI bagi memudahkan urusan bersama TH.

“Bagi kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa pula, kami menyasarkan pendeposit muda berumur 17 tahun ke bawah dan perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM1,300,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain mengekalkan jumlah tambahan simpanan bersih minimum RM1,300 pendeposit yang belum mendaftar haji perlu berbuat demikian untuk layak menyertai peraduan berkenaan.

“Hadiah yang tunai yang ditawarkan berjumlah RM100,000 untuk 200 ahli Kelab TaHa bertuah,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here