Hamzah Zainudin sembuh Covid-19, dibenarkan keluar hospital

0
96
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lalu setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada penyakit Covid-19 selepas menerima rawatan dan pemantauan rapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (PPBM) turut mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat serta barisan petugas hadapan yang telah merawatnya.

“Kepada semua pihak yang telah bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan. Keprihatihan anda semua telah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus Covid-19.

“Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP0 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta memberikan kerjasama penuh kepada barisan petugas hadapan dan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah sebelum ini dimasukkan ke hospital pada 12 Januari lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Hamzah turut berdoa ke hadrat Allah SWT supaya semua diberikan nikmat kesihatan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here