Hanya murid ambil peperiksaan penting 2020 diminta hadir ke sekolah

0
137
Gambar fail: Suasana di dalam kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) mengikut pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah hari ini. Gambar / Farid Janudin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan utama.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, peperiksaan terlibat ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, turut terlibat ialah murid yang akan menduduki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan
antarabangsa yang setara.

“Bagi semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Radzi berkata, bagi murid yang sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai hari ini, KPM telah membuat ketetapan dengan membenarkan Sekolah Berasrama Penuh untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kekal di asrama.

MOHD. RADZI MD. JIDIN

Katanya, mereka dibenarkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.

“Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6 boleh mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

“untuk asrama sekolah harian murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mereka boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.

“Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6 mereka boleh mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai.

“Bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari ini.

“Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here