Hanya ‘take away’ di kedai makan dan gerai penjaja ketika PKP

0
123
Hanya ‘take away’ dibenarkan di kedai makan dan gerai pejaja di kawasan PKP

CYBERJAYA – Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan ‘take away’ sahaja.

Manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang tempoh itu juga, perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

“Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

“Patuhi SOP ketika berada di tempat- tempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer.

“Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar rumah. Stay at home,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKP selama 14 hari bermula Rabu ini membabitkan enam negeri.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memberikan jaminan bahawa bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi. 

“Pemantauan terhadap barangan keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur- sayuran, telur, bawang, hand sanitizer dan pelitup muka akan dilakukan setiap hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here