Hari pertama persekolahan, pelajar tingkatan 5 jatuh tingkat tiga

0
662
Pelajar tingkatan lima jatuh dari tingkat tiga di SMK Petra Jaya, Kuching- Gambar Astro Awani

CYBERJAYA- Pelajar tingkatan lima di SMK Petra Jaya di Kuching, Sarawak terjatuh dari tingkat tiga sekolah berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika pelajar terbabit berada di kawasan bilik darjahnya.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa yang berumur 17 tahun dan berasal dari Kampung Tupong Batu.

Bangunan atau lokasi pelajar tingkatan lima jatuh dari tingkat tiga-Gambar Astro Awani

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans dan keadaannya dilaporkan stabil.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here