Hishamuddin bakal dilantik timbalan Perdana Menteri?

0
446
Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disebut-sebut bakal dilantik sebagai timbalan perdana menteri bagi mengurangkan ‘ancaman’ dan tentangan daripada pemimpin UMNO dalam Perikatan Nasional.

Portal The Malaysian Insight melalui sumber yang tidak dinamakan melaporkan Hishammuddin akan dilantik ke jawatan itu awal minggu ini.

“Hisham akan menjadi timbalan perdana menteri ASAP (secepat mungkin),” kata salah satu sumber yang tidak disebutkan namanya.

Bagaimanapun, portal berita itu juga melaporkan bahawa sekutu lain dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) masih belum dimaklumkan mengenai cadangan itu.

Ahli Parlimen Sembrong itu bukan merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

Namun, dia pernah memegang pelbagai jawatan kepemimpinan dalam Umno, termasuk sebagai Ketua Pemuda Umno.

Hishammuddin juga pernah menjadi Naib Presiden Umno hingga 2018 dan tidak bertanding dalam pemilihan parti tahun itu.

Muhyiddin yang berasal dari Bersatu sejak menjadi Perdana Menteri tidak menamakan timbalan sejak Mac lalu.

Sebagai gantinya, dia melantik empat “menteri kanan” pada 9 Mac 2020 untuk membantunya dalam tugasnya, termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet bagi pihaknya sekiranya dia tidak hadir ke negara ini.

Menurut portal itu lagi, pelantikan itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati kalngan pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional dan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here