Hujan lebat sebabkan IPD Penampang dinaiki air

0
126
Beberapa jalan di Penampang mula dinaiki air berikutan hujan lebat

PENAMPANG – Situasi banjir di Penampang dan Putatan, Sabah semakin buruk apabila banyak jalan utama dinaiki air selepas hujan lebat sejak semalam.

Malah, hujan lebat tersebut turut menyebabkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dinaiki air.

Menurut satu hantaran menerusi laman Facebook IPD Penampang, berikutan itu sebarang urusan di Balai Polis Penampang tergendala sementara sehingga dibuka kelak berikutan beberapa kelengkapan fasiliti ditenggelami air.

Sementara itu, menurut kenyataan itu juga,
sebanyak dua pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu Pusat Pemindahan Banjir Kompleks Sukan Daerah Penampang dan Pusat Pemindahan Banjir Dewan Sri Keramat Putatan bagi memindahkan mangsa yang terlibat.

Seorang anggota polis terpaksa mendayung sampan untuk ke IPD Penampang

“Hujan lebat berserta ribut yang beterusan sepanjang hari, semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Penampang dan Putatan dinaiki air termasuk kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.

“Sejak dari semalam semua petugas IPD Penampang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahin turun padang bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat banjir segera dipindahkan ke pusat pemindahan banjir,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here