IKEA Cheras ditutup hari ini, pengawal keselamatan positif Covid-19

0
79
IKEA Cheras ditutup hari ini selepas pengawal keselamatan positif Covid-19

CYBERJAYA- IKEA Cheras ditutup hari ini selepas pengawal keselamatan di cawangan berkenaan disahkan positif Covid-19.

IKEA Malaysia memaklumkan, cawangan itu ditutup hari ini untuk proses sanitasi dan pengesanan kontak sebagai langkah berjaga-jaga.

“Hari terakhir mereka bekerja ialah pada 23 Januari 2021.

“Semua pengawal keselamatan kini menjalankan kuarantin kendiri sehingga notis lanjut oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kes positif itu dikesan menerusi ujian swab berjadual namun, tiada jumlah sebenar kes positif didedahkan. 

Menurut IKEA Malaysia lagi, pekerja yang menjadi kontak rapat telah menjalani kuarantin rumah dan ujian saringan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here