India mulakan program vaksinasi Covid-19

0
46

New Delhi – India hari ini memulakan program pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyatnya.

Menurut Reuters program yang dianggap sebagai ‘program vaksinasi terbesar di dunia’ itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi.

Program tersebut dimulakan dengan pemberian vaksin kepada 100 orang di setiap 3,006 pusat pemberian vaksin di seluruh India.

“(Program) Ini akan menjadi program terbesar di dunia yang meliputi seluruh negara,” kata Modi dalam satu kenyataan minggu ini.

Para penerima akan menerima salah satu daripada dua vaksin yang dihasilkan dalam India, iaitu vaksin Universiti Oxford/AstraZeneca, atau keluaran konsortium tempatan Bharat Biotech.

Golongan pertama penerima vaksin terdiri daripada 30 juta petugas barisan hadapan, dan kemudiannya diikuti seramai kira-kira 270 juta golongan berisiko tinggi yang turut meliputi golongan warga emas berumur 50 tahun ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here